Jenazah Haron Din Dibawa Pulang Kata TPM

KUALA LUMPUR – Sebuah jet untuk membawa jenazah Allahyarham Datuk Dr. Haron Din pulang ke tanah air telah diuruskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

 

Perkara itu disahkan Ahmad Zahid menerusi Twitternya sebentar tadi.

 

Beliau berkata, perkara itu telah dibincangkan bersama isteri Allahyarham, Datin Khadijah Salleh.

 

“Saya sekeluarga turut berdukacita atas kembalinya Datuk Dr. Haron Din. Saya bercakap dengan isteri beliau.

 

“Perdana Menteri dan saya sudah urus jet bawa jenazah pulang,” katanya.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.