2 Juta Tandatangan Deklarasi Rakyat, Bukan Jumlah Sedikit Kata Ramesh Rao

Terdapat dakwaan tandatangan Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia ciptaan Tun Dr Mahathir Mohamad dicipta sendiri secara tidak sah namun mereka tetap mempertahankan jumlah berkenaan sebagai satu jumlah yang tepat kata Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao Krishnan Naidu.

 

Beliau yang mempersoalkan dari manakah semua individu yang menandatangani deklarasi itu diterima dan mengapa individu yang menandatangani deklarasi itu tidak tampil beramai-ramai menunjukkan minat untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

 

“Sekiranya tandatangan yang dikumpul begitu banyak bermatlamat besar mahu Najib meletakkan jawatan, mereka sendiri akan pasti tampil menyuarakan sokongan kepada parti baru itu tetapi menyepi.

 

“Dua juta bukan satu jumlah yang sedikit dan ia dikatakan menggambarkan pendirian rakyat yang kononnya sudah tidak mahu lagi BN menjadi kerajaan, jadi ke mana perginya mereka semua, kenapa seorang pun tidak menyatakan minat menyertai PPBM?

 

“Kalau bukan semua pun, pasti ada puluhan atau mungkin ratusan ribu orang akan menyertai PPBM hasil dari deklarasi yang dianggap hebat oleh Dr Mahathir,” katanya memetik laporan sebuah portal.

 

Malah beliau turut mempersoalkan mengapa cerita berkenaan deklarasi yang dihasilkan dengan kerjasama parti pembangkang terus hilang begitu sahaja dan kemudian diubah kepada pembentukan parti baharu.

 

“Betapa bijaknya Tun Mahathir mengalihkan perhatian masyarakat dan media dalam hal ini apabila deklarasi itu ternyata gagal mencapai matlamatnya.

 

“Selepas heboh kata ada berjuta tandatangan, kemudian cerita berkenaan deklarasi senyap begitu sahaja, sunyi dan sepi… Apa sudah jadi? takkan Dr Mahathir membiarkan sahaja para penyokong deklarasi berkenaan?” bidasnya.

 

Dalam pada itu, katanya PPBM yang dipimpin Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang dalam proses mencari ahli untuk memberikan sokongan dan mungkin undi kepada parti baru itu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.

 

“Sepatutnya, dengan tandatangan di dalam deklarasi yang dikatakan sudah dikumpulkan, tiada masalah untuk PPBM mencari ahli, mana semua, atau tandatangan sahaja yang dicuri?” akhirinya.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.