Video: Wartawan Malaysiakini Kena Maki Bangsat, Babi

Kuala Lumpur -Seorang wartawan portal pro-pembangkang, Malaysiakini dihalau peserta himpunan Baju Merah ketika cuba bertanyakan beberapa soalan dalam satu kejadian di jalan Petaling petang tadi.

 

Menurut Kow Gah Chie, ketika cuba menemuramah para peserta himpunan tersebut dia telah dihalau dengan panggilan ‘Cina Gila Babi’ sehingga memaksanya berundur bagi mengelakkan kejadian tidak diinggini berlaku.

 

“Saya hanya bertanyakan soalan namun mereka tiba-tiba marah” katanya memetik laporan portal Malaymail sejurus selepas dihalau.

 

 

Berdasarkan rakaman yang dimuatnaik di laman twitter, lelaki yang dipercayai berusia sekitar 40 tahun dilihat mengeluarkan kata-kata kesat terhadap wartawan tersebut.

 

“Oi you keluar, you punya bangsa bangsat tau tak… Lu Cina balik Cina la” jerit lelaki tersebut.

 

Terdahulu dua orang wartawan berbangsa Cina turut di halau oleh para peserta himpunan baju merah yang berhimpun di hadapan Kompleks Kraftangan sebentar tadi.

 

Para peserta himpunan tersebut dikatakan marah apabila kedua-dua petugas media itu melemparkan soalan-soalan yang disifatkan berbentuk provokasi.

 

 

Antara soalan yang ditanya ialah “Apa contoh Melayu dihina?” dan “Apa bukti kekuatan Melayu?”

 

Pihak polis yang berada di tempat kejadian segera mengiringgi wartawan tersebut untuk beredar.

 

Dianggarkan himpunan anjuran PESAKA di Padang Merbok itu telah dihadiri lebih 300,000 orang peserta.

 

Berdasarkan tinjauan SuaraTV hari ini angka kehadiran yang mungkin terhampir adalah hampir 150,000 orang secara keseluruhan meliputi Padang Merbok dan limpahan peserta di kawasan sekitarnya.

 

Dalam perkembangan berkaitan, ramai peserta HRB yang ditemubual tanpa berselindung meluahkan rasa bangga dapat menyertai himpunan tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.