Pasukan Pemantau Diserang Selepas Lawat Lokasi Nahas MH17

Kiev – Pasukan pemantau antarabangsa, Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE) diserang selepas melawat lokasi nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine, kelmarin.

OSCE dalam kenyataan hari ini berkata, enam anggota pemantau itu tidak mengalami kecederaan dalam serangan yang berlaku di wilayah Donetsk apabila dua buah kenderaan pertubuhan terbabit terkena serangan meriam.

Jelas kenyataan itu, satu daripada kenderaan tersebut rosak teruk dan terpaksa ditinggalkan.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada serangan itu didalangi oleh kumpulan pemberontak pro-Rusia atau tentera kerajaan Ukraine yang bertempur di wilayah berkenaan walaupun gencatan senjata antara kedua-dua pihak telah dikuatkuasakan. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.