KPWKM Bakal Wujudkan Kompleks Penyayang, Tempatkan Semua Agensi

Miri – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bakal mewujudkan Kompleks Penyayang yang akan menempatkan semua agensinya di bawah satu bumbung.

Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, kompleks pertama dijangka siap tahun ini di Sri Aman, Sarawak yang akan menempatkan antara lain pusat aktiviti warga emas, pusat aktiviti kanak-kanak, Taska dan klinik Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara.

“Kompleks tersebut bukan sahaja akan memudahkan kumpulan sasar malah ia akan bertindak sebagai mata dan telinga kementerian,” katanya kepada pemberita.

Beliau menghadiri program Sesi Santai Jalinan Kasih Bersempena Program Aku Ikon Patriotik di Pusat Aktiviti Warga Emas di sini hari ini.

Katanya institusi yang diletak di bawah satu bumbung boleh membantu antara satu sama lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.