Video: Ahli PPBM Dakwa Mahathir Abaikan Kebajikan Ahli Sendiri

SHAH ALAM – Pengarah logistik Dan Gerak Gempur Keselamatan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Shah Alam, Wan Mohammad Ashraf Nasjaruddin, mendakwa ada pihak tertentu yang cuba menyekatnya daripada bertanyakan soalan kepada pengerusi parti itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada program Nothing To Hide 2.0, Ahad lalu.

Ia susulan laporan polis yang pernah dibuatnya sebelum ini berhubung kekayaan anak-anak Mahathir.

“Jadi saya fikir ada pihak tertentu yang menyekat saya daripada bertanyakan soalan pada hari berkenaan,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di IPD Shah Alam, di sini, hari ini.

Wan Mohammad Ashraf membuat laporan polis berhubung kekecohan yang berlaku pada program Nothing To Hide 2.0 itu yang didakwanya dilakukan oleh penganjur.

Beliau turut mendakwa, Mahathir tidak menghargai dan menjaga kebajikan ahli-ahli PPBM di peringkat akar umbi.

“Saya yang menjaga Tun ketika Bersih 5.0 dan saya berada di atas jip bersama 200 orang budak-budak saya untuk menjaga keselamatan Tun, tapi sekarang ada mereka nak jaga saya, ada mereka nak jaga kebajikan saya dan budak-budak saya.

“Waktu perasmian PPBM di Shah Alam, sebanyak dua tiga ribu ahli budak saya datang untuk memberi sokongan dari 12 tengah hari sehingga 12 tengah malam tapi, nasi pun tak di beri, air pun tak diberi, jadi saya nampak benda ini tidak di jaga,”ujarnya.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.