Gelang Pengenalan Tambahan Untuk Jemaah Haji Wajib Dipakai

MEKAH – Semua jemaah haji termasuk Malaysia yang telah berada di kota suci ini diwajibkan memakai gelang pengenalan diri yang diperkenalkan Kementerian Haji Arab Saudi.

Ketua Rombongan Haji Malaysia 1438 Hijrah, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, arahan terbaharu ini yang dilaksanakan pihak muasasah kepada semua negara merupakan gelang tambahan kepada gelang dan lencana pengenalan diri yang disediakan pihak Tabung Haji.

“Gelang plastik yang diminta kerajaan Arab Saudi itu, secara rasminya bertujuan untuk melihat kesahihan identiti jemaah haji berkaitan visa mereka, pendaftaran yang  disahkan di dalam sistem e-Hajj Arab Saudi.

“Ini juga memudahkan pihak kementerian itu mengenalpasti bahawa jemaah haji yang datang ke kota suci ini adalah yang rasmi dan sah mempunyai visa haji untuk melaksanakan ibadah ini,” katanya kepada wartawan Malaysia di Ibu pejabat Tabung Haji di bangunan Hotel Abraj Al-Janadriyah, di sini hari ini. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.