Ketua Ajaran Sesat Tuhan Harun Meninggal Dunia

KUANTAN – Ketua kumpulan ajaran sesat ‘Tuhan Harun’ atau nama sebenarnya, Harun Mat Saat, 50, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), petang tadi.

 

Harun yang mengalami angin ahmar sejak tahun 2013, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 4.30 petang berikutan masalah pernafasan ketika menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital itu.

 

Peguamnya, Hermes Putra Media, berkata Harun dimasukkan ke HTAA untuk menjalani pemeriksaan kesihatan bagi menentukan keupayaannya memberi keterangan di mahkamah.

 

“Saya dimaklumkan beliau diberi bantuan pernafasan berikutan kekurangan oksigen.

 

“Bagaimanapun, saya belum mendapat maklumat lanjut mengenai punca sebenar kematiannya,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

 

Harun menjalani perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuantan untuk kes pembunuhan Ketua Penolong Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abd Malek, pada 10 November 2013. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.