Zahid Bawa Kumpulan Guling Kerajaan, Jumpa PM Petang Ini Kata Sumber

Kuala Lumpur – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan membawa kumpulan yang terlibat dalam konspirasi menggulingkan kerajaan berjumpan dengan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak petang ini.

 

Menurut sumber yang dihubungi SuaraTV, perjumpaan tersebut akan diadakan pada jam 6.00 petang ini.

 

“Saya dimaklumkan Zahid akan membawa kumpulan tersebut berjumpa dengan Najib petang ini bagi mendengar sendiri luahan hati mereka berhubung perkara yang ingin dibangkitkan.

 

“Namun saya tidak pasti lokasi perjumpaan itu akan diadakan, ada yang kata ia diadakan di kediaman rasmi Perdana Menteri tapi sehingga kini belum ada sebarang pengesahan mengenainya” katanya kepada SuaraTV sebentar tadi.

 

Sementara itu sumber pejabat Timbalan Perdana Menteri ketika dihubungi berkata perjumpaan itu merupakan rentetan daripada pendedahan yang dilakukan oleh Zahid semalam.

 

“Sebenarnya bukan Datuk Seri yang nak bawa jumpa, disebabkan pendedahan yang dilakukan sebelum ini mereka telah menghubungi TPM dan meminta untuk mengaturkan satu perjumpaan dengan PM.

 

“Mereka dikatakan menyesal dan ingin memohon maaf atas tindakan yang dilakukan sebelum ini.” katanya pula.

 

Sumber tersebut walau bagaimanapun enggan mendedahkan lokasi perjumpaan itu berlansung namun membayangkan ia mungkin diadakan di Putrajaya atau kediaman Najib di Kuala Lumpur.

 

Zahid ketika merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Ampang semalam mendedahkan wujudnya komplot dikalangan pemimpin UMNO yang mahu menggulingkan Barisan Nasional dan kerajaan.

 

Menurutnya pemimpin UMNO itu dengan kerjasama 87 ahli parlimen pembangkang sedang menyediakan akaun bersumpah untuk tujuan itu.

 

Zahid berkata, situasi itu benar-benar berlaku, malah beliau tahu siapa pemimpin Umno terbabit serta peguam yang terlibat untuk menyiapkan akaun bersumpah itu.

 

Tegasnya lagi, beliau tahu apa yang berlaku kerana tugasnya selaku Menteri Dalam Negeri, sekali gus membolehkan beliau mendapatkan maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai.

 

Selain itu, beliau berkata, tidak adil untuk orang ramai  menghukum Datuk Seri Najib Tun Razak berasaskan persepsi dan pandangan awam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.