Tun Mahathir Pun Minta Derma Dari Asia Barat

Kuala Lumpur – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah meminta dana RM1 bilion daripada negara Asia Barat.

 

Menteri Penerangan Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak (SSK) menjelaskan, jika dibandingkan dengan sekarang, nillai 30 tahun lalu itu jika dibandingkan pada masa sekarang sudah tentu lebih besar.

 

Jelasnya, mengambil pertimbangan faktor inflasi, apa yang bernilai RM1 bilion pada 1983 kini mencecah lebih RM10 bilion.

 

Bagaimanapun dalam entri blognya, sskeruak.blogspot.com, menulis dana itu digunakan untuk membangunkan Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

 

“Dr Mahathir meminta bantuan kewangan daripada negara Asia Barat dan lapan negara daripada Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) bersetuju untuk menaja menubuhkan universiti,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.