The Edge Dan Justo ‘Sampah’ – Rahman Dahlan

Kuala Lumpur – Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan menyifatkan akhbar perniagaan, The Edge dan bekas pekerja PetroSaudi, Xavier Andre Justo sebagai `sampah’.

 

“Kedua-dua penipu. Jika kamu pergi meminta dengan sesiapa untuk mendapat dokumen dan data dan kamu sanggup membayar untuk itu, ia dah cukup teruk.

 

“Jika kamu dapat maklumat dan kamu tidak membayarnya, kamu masih ‘sampah’,” kata Rahman ketika ditemuramah The Star.

 

Beliau berkata demikian menjawab persoalan sama ada dokumen yang didedahkan oleh Justo itu boleh membuktikan dakwaan terhadap salahlaku syarikat pelaburan strategik, 1MDB.

 

Kata Rahman, jika Justo mempunyai dokumen yang mampu menjahanamkan bekas majikannya, sudah tentu PetroSaudi telah membayar beliau sejumlah wang tetapi perkara itu tidak berlaku. Sebaliknya Justo menjual dokumen tersebut kepada The Edge.

 

“Jika kamu cakap kamu ada sesuatu berkaitan dengan saya dan meminta wang dan saya tidak mahu bayar, ugutan tersebut tidak lagi sah.

 

“Jika saya bayar, itu lain cerita. Bila kamu tidak mendapat sebarang wang, kemudian kamu jual kepada pihak yang berminat (The Edge).

 

“Jika saya Justo dan seseorang sanggup untuk bayar USD 2 juta untuk maklumat itu, saya akan buat rundingan kerana saya mahu USD 2 juta itu. Kemudian pihak yang mendapat dokumen yang telah diubahsuai itu akan terbitkan. Mereka penipu,” katanya.

 

The Edge mengakui mereka tidak membayar wang yang telah dijanjikan selepas menerima dokumen tersebut daripada Justo. The Edge dan Sarawak Report yang telah menerbitkan sebahagian daripada dokumen tersebut kemudian menafikan dokumen tersebut telah diusik oleh mereka.

 

Dalam termubual itu juga turut menerangkan persoalan berhubung kerjasama di antara 1MDB-PetroSaudi mengenai USG 700 juta yang diberikan kepada Good Star.

 

Kata Rahman, disebabkan kegagalan urus niaga pertama antara mereka, 1MDB beralih kepada pembiayaan Islam, menukar ekuiti kepada pinjaman dan melindungi hubungan antara pihak yang terlibat.

 

“Goodstar adalah anak syarikat PetroSaudi International. Jadi apabila bahawa perjanjian tersebut tidak dapat diteruskan, mereka hanya menukar ekuiti itu ke dalam pinjaman dan kemudiannya mereka menambah sehingga dua tranche USD500 juta dan USD330 juta yang berjumlah kira-kira USD 1.9 bilion.

 

“Apa yang mereka beritahu kami, saya mempunyai minyak dan kamu perlu melaburkan untuk kita gali dan kemudian kita akan dapat hasilnya. 1MDB mengeluarkan dana mereka dan sepatutnya ia akan mewujudkan aliran tunai hasil daripada pengeluarkan minyak tersebut.

 

“Apabila ia tidak berlaku, 1MDB mengambil semula wang mereka sebanyak RM1 bilion yang telah ditukarkan kepada pinjaman. Wang sebanyak RM1 bilion yang telah dilaburkan oleh 1MDB untuk gali minyak itu telah ditukar kepada pinjaman dengan jumlah yang sama. Mereka tidak rugi,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.