Rahman Dahlan Bidas Tony Fernandes

Kuala Lumpur – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tony Fernandes sepatutnya mengambil berat syarikat penerbangannya kerana ia tidak berapa baik, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.

 

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas terhadap gesaan Tony pada kerajaan Rabu lalu supaya menangani kejatuhan nilai ringgit berbanding cuba menyekat penggunaan internet.

 

“Saya menghargai komen beliau. Beliau kawan baik saya.

 

“Saya fikir beliau harus menasihati lembaga pengarahnya kerana saya fikir AirAsia tidak berapa baik ketika ini,” kata Abdul Rahman dipetik sebagai berkata dalam wawanncara dengan The Star Online.

 

Abdul Rahman berkata, tidak seperti syarikat, kerajaan juga bertanggungjawab demi keselamatan negara.

 

“Sebagai sebuah syarikat anda mungkin tidak berminat dalam keselamatan negara atau perpaduan rakyat.

 

“Jika anda adalah kerajaan, anda harus mengambil berat tentang ekonomi, keselamatan dan perpaduan. Ia bergerak seiringan,” kata beliau dipetik.

 

Abdul Rahman yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno turut menggesa Fernandes tidak terperdaya kerana kerajaan tidak bercadang untuk mengharamkan internet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.