Rahim Sepahtu Pukul, Tendang Isteri?

MENOLAK apa yang tersebar dan menyifatkan ia sebagai khabar angin, pelawak dan pelakon, Rahim Sepahtu menjelaskan bahawa dakwaan dia memukul isterinya setelah berlaku sedikit salah faham adalah tidak benar sama sekali.

 

“Memang kami ada bertengkar. Biasalah kehidupan suami isteri memang begitu, tapi saya tak pukul (isteri). Saya pun baru tahu hal ini dan terkejut juga apabila mendengarnya. Saya rasa ini hanyalah khabar angin.

 

“Masalah di antara kami sudah pun selesai,” katanya yang dipetik portal berita tempatan.

 

Laporan dipetik, Rahim didakwa memukul isterinya di muka, kepala dan bahu selain turut menendang belakang badan dan punggung isterinya.

 

Sementara itu, melalui Instagram, isteri Rahim, Kolin Abdullah, menyatakan laporan polis yang disebarkan di beberap lama media sebagai palsu dan dalam masa yang sama turut menafikan insiden tersebut, lapor sebuah portal hiburan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.