Pesawat Indonesia Bersama 54 Penumpang Hilang Di Papua

Papua – Sebuah pesawat Indonesia milik Trigana Air dilaporkan hilang dan terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara pada Ahad di timur daerah Papua petang tadi.

 

Pesawat tersebut berlepas dari lapangan terbang Sentani, Jayapura pukul 2.22 petang dan sepatutnya tiba di Oksibil pukul 3.04 petang waktu tempatan.

 

Pesawat yang membawa 54 penumpang itu dikendalikan oleh kapten Hasanudin dan dijadual tiba pada jam 3.15 petang tadi waktu tempatan.

 

Perkara itu disahkan oleh jurucakap Kementerian Pengangkutan Indonesia, J.A Barata.

 

“Ya betul, ada pesawat yang telah terputus hubungan dengan menara kawalan Sentani” ujarnya ringkas ketika diminta mengulas mengenai kejadian tersebut, memetik laporan portal NewsDetik sebentar tadi.

 

Menurutnya pesawat tersebut membawa 44 orang penumpang dewasa, 5 orang penumpang kanak-kanak bersama 4 orang krew.

 

Pihak berkuasa Indonesia turut dilaporkan telah mengerakkan operasi bagi mencari pesawat tersebut.

 

Pada Januari lalu sebuah pesawat Airbus A320 milik AirAsia Indonesia dari Surabaya menuju ke Singapura terhempas dan mengorbankan semua 162 penumpang. – SuaraTV

 

BERITA LANJUT MENYUSUL

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.