Penganjur Bersih 4.0 Tidak Mahu Patuhi Undang-Undang

Kuala Lumpur – Penganjur Bersih 4.0 didakwa mementingkan diri kerana sanggupmengadakan demonstrasi yang akan menjejaskan kehidupan harian orang ramai terutama peniaga dan pemandu teksi.

 

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata nama Bersih hanyalah sekadar gelaran namun hakikatnya penganjur tidak mahu mematuhi undang-undang.

 

“Mereka minta ‘clean’ (bersih) itu, ‘clean’ ini tetapi diri sendiri kotor tidak mahu mematuhi undang-undang. Dia tidak mahu menjaga kepentingan orang lain, dia nak jaga hak dia sahaja, sesuka hati berhimpun.

 

“Cuba kita tengok, bila mereka mengadakan perhimpunan semua tutup kedai.

 

Mereka (peniaga) ini tidak ada hak ke. Jadi, fikirkanlah juga hak orang lain,” katanya mengulas cadangan penganjuran demonstrasi BERSIH 4.0 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur; Kuching (Sarawak) dan Kota Kinabalu (Sabah) pada hujung bulan ini.

 

Khalid berkata, pihaknya juga mendapati penganjuran Bersih tidak lagi untuk memperjuangkan pilihan raya bersih namun lebih menjurus untuk menjatuhkan kerajaan.

 

“Ini saya bagi ingatan … jika ini tujuan mereka (jatuhkan kerajaan), polis akan ambil tindakan-tindakan pencegahan dan saya ingatkan enganjur-penganjur Bersih agar berhati-hati,” katanya yang dipetik daripada Bernama.

 

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis perbarisan tamat latihan dan pentauliahan Kor Suksis Insitutut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kali ke-11 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, di Batu Pahat, Johor.

 

Mengulas pendedahan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam bahawa terdapat gerakan untuk menggulingkan kerajaan yang didalangi seorang tokoh UMNO dengan sokongan anggota Parlimen pembangkang,

 

Khalid berkata polis sedang memantau perkembangan yang berlaku ketika ini.

 

“Jika mana-mana orang dan parti politik cuba menurunkan kerajaan sedia tanpa mengikut Perlembagaan dan undang-undang (ia kesalahan serius), kita akan ambil tindakan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.