Najib Ucap Tahniah Kejayaan Chong Wei Mara Ke Final Kejohanan Dunia

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengucapkan tahniah kepada jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei atas kejayaannya mara ke final Kejohanan Dunia di Jakarta.

 

Beliau berharap Chong Wei dapat membawa pulang gelaran juara dunia itu untuk rakyat Malaysia yang menyokongnya.

 

“We’re in the World Badminton Championships final! Congrats @LeeChongWei . Msia supports you. Let’s bring back the title! #KamiTeamMalaysia (Kita di final Kejohanan Badminton Dunia! Tahniah@LeeChongWei. Msia sokong anda.

 

Bawa pulang gelaran!#KamiTeamMalaysia),” kata Najib dalam akaun Twitter beliau malam tadi.

 

Chong Wei mara ke final selepas menewaskan pilihan kedua, Jan O Jorgensen dari Denmark 21-7, 21-19, pada separuh akhir di Istora Senayan, Jakarta semalam.

 

Chong Wei akan menentang juara bertahan Chen Long dari China, sekali gus mengulangi pertemuan final pada kejohanan sama di Copenhagen, Denmark tahun lepas. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.