Menteri Enggan Ulas Dakwaan Sarawak Report

Shah Alam – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak dilaporkan enggan mengulas dakwaan Sarawak Report bahawa sebahagian besar wang yang didepositkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum PRU13 telah dipindahkan ke luar negara.

 

Salleh berkata, laman web itu didakwanya mempunyai agenda tersembunyi mereka sendiri dan dakwaan mereka berdasarkan kononnya dokumen yang diganggu, lapor Malaysiakini.

 

“Saya tidak mahu komen kerana bagi saya, Sarawak Report mempunyai motif dan ia terbukti bahawa beberapa dokumen pada mereka telah diganggu.

 

“Bagaimana boleh saya komen berkaitan dokumen yang telah diganggu?” katanya dalam sidang media selepas majlis ‘Kayuhan Sehati Sejiwa’ di Kuala Lumpur hari ini.

 

Semalam, Sarawak Report mendakwa AS$650 juta daripada AS$680 juta yang telah didepositkan ke dalam akaun persendirian Najib telah dipindahkan kembali ke Tanore Finance Corporation di Falcon Bank di Singapura selepas PRU13.

 

Beberapa minggu selepas akhbar Wall Street Journal melaporkan bahawa berbilion yang didakwa dana 1MDB telah didepositkan ke dalam akaun Najib, kerajaan akhirnya mengakui dana tersebut adalah derma politik untuk kegunaan Umno.

 

Dakwaan bahawa dokumen yang digunakan oleh Sarawak Repost telah diganggu timbul selepas penahanan bekas eksektif PetroSaudi International Xavier Andre Justo di Thailand berhubung dakwaan cuba mengugut bekas majikannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.