Memphis Depay Akan Menyinar

Manchester – Daley Blind tampil mempertahankan rakan sepasukannya, Memphis Depay dengan mengatakan beliau akan bersinar, tetapi menegaskan pemain itu memerlukan masa untuk menyesuaikan diri di Manchester United.

 

Penyerang yang gagal menyerlah ketika pasukannya mencatat kemenangan 1-0 di Aston Villa pada Jumaat lalu turut berada dalam skuad yang mencatatkan kemenangan sebelum ini ketika aksi pembukaan.

 

Depay sepatutnya menjaringkan gol pada separuh masa kedua tetapi rembatannya tersasar dengan hanya ketika berdepan penjaga gol Brad Guzan untuk ditewaskan.

 

Bagaimanapun, United masih boleh berbangga dengan dua kemenangan berturut-turut selepas jaringan tunggal daripada pemain sayap, Adnan Januzaj.

 

Berikutan itu, Blind yang berpasangan dengan Chris Smalling di bahagian pertahanan ketika perlawanan di stadium Villa Park menganggap rakan senegaranya dari Belanda, Depay akan menampilkan aksi yang lebih baik selepas perpindahan pada musim panas dari PSV Eindhoven.

 

“Saya rasa Memphis hanya perlu menunggu masa. Anda telah melihat kualiti yang dimiliki dan kekuatan fizikalnya,” kata Blind kepada MUTV yang dilaporkan ESPN.

 

“Kita boleh melihat beberapa perkara yang baik daripadanya.

 

“Dia hanya perlu meneruskan usahanya ini, beliau mencuba sedaya-upaya dan jaringan akan datang kemudian.”

 

United meneruskan rentak kemenangan 1-0 ke atas Tottenham minggu lalu dengan mencatat kemenangan kedua di Villa Park yang melanjutkan rekod tanpa kalah Liga Perdana England di stadium tersebut dalam 20 tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.