Video: Jumlah RM10 Juta Untuk Kempen Pilihan Raya Tidak Logik – Najib

Kepala Batas – Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak menafikan kenyataan Tun Mahathir Mohamed bahawa beliau hanya memerlukan RM10 juta sebagai perbelanjaan untuk setiap pilihan raya umum.

 

Presiden Umno itu menjelaskan, perbelanjaan untuk deposit bagi semua kawasan sahaja sudah menelan perbelanjaan sehingga RM41 juta.

 

 

“Itu dah lebih 10 juta,” kata Najib di hadapan kira-kira 3,000 ahli Umno yang hadir pada Mesyuarat Agung Umno bahagian Kepala Batas hari ini.

 

Kata Najib, perbelanjaan sebanyak RM41 juta itu juga tidak termasuk dengan kos baju T, mesyuarat dan sebagainya.

 

“Nak kritik pun kena ada asas dan mesti masuk akal. Ia tidak logik dan rasional. Oleh itu, saya akan betulkan keadaan,” katanya lagi.

 

Tun Dr Mahathir beberapa hari lalu berkata beliau menghabiskan kurang daripada RM50 juta bagi semua lima pilihan raya umum sepanjang menjadi Perdana Menteri sebelum ini.

 

Perdana Menteri Ke-4 itu berkata demikian sebagai mengulas mengenai RM2.6 bilion yang didakwa didepositkan ke dalam akaun peribadi Najib.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.