Idris Jala ‘Berperang’ Dengan Kian Ming Di Twitter

Kuala Lumpur – Cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai peraturan pembiayaan politik debat antara dua ahli parti pemerintah dan pembangkang mengenai pihak mana yang sepatutnya berbuat demikian terlebih dahulu.

 

Ahli Parlimen DAP, Ong Kian Ming dan Ketua Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Datuk Seri Idris Jala, dilihat menggunakan platform rangkaian media sosial, Twitter bagi mempertikaikan perkara berkenaan.

 

Idris sehingga satu peringkat, berkata semua parti politik diminta melaksanakan cadangan itu secara sukarela sambil menyebut, `semua derma politik yang dibayar kepada akaun parti mesti diresitkan dan diaudit’.

 

“Sehingga kini tiada parti sudah melakukannya. Dalam tempoh lima tahun ini, masalahnya parti politik menunggu pihak lain berbuat demikian sebelum mereka melakukannya.”

 

Beliau kemudian dilihat agak berang selepas pertikaian berterusan dengan Kian Ming dan kemudian membalas Twitter sambil berkata: “Saya menyuruh kamu SEKARANG. Minta DAP melakukannya secara sukarela SEKARANG!

 

“Jangan salah faham dengan saya, saya juga meminta BN untuk melakukannya.”

 

Idris berkata, kegagalan meminta kedua-dua pihak secara sukarela menerima cadangan terbabit akan menyebabkan jawatankuasa bertindak meletakkan Rang Undang-Undang yang diluluskan, yang bakal mewajibkan semua parti politik berbuat demikian.

 

Dia berkata demikian sebagai menjawab Twitter Ong yang mempertikaikan kredibiliti Idris untuk berperanan secara efektif sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP)

 

Kian Ming turut mempamerkan kekecewaannya terhadap kenyataan Idris yang disifat sebagai membayangkan bahawa BN terbuka kepada cadangan pembiayaan politik tetapi bukan pembangkang.

 

“Jika Pemandu dan Idris Jala tidak boleh membawa Ahli Parlimen BN menghadiri latihan anti-rasuah, bagaimana mereka dapat dipercaya menguatkuasakan kewangan politik,” menurut tweet Kian Ming merujuk kepada latihan 2013 bagi Ahli Parlimen berhubung penyelewengan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang dianjurkan Pemandu.

 

Idris kemudian dalam jawapannya berkata, itu adalah sesi integriti berlainan yang dikendalikan bagi Ahli Parlimen BN dan Pakatan.

 

Kian Ming turut menekankan tiada seorang pun dari Pejabat Perdana Menteri atau Pemandu mendekati DAP sebagai sokongan berhubung hal pembiayaan politik.

 

“Ada pemimpin kami mungkin menunjukkan keperihatinan terhadap keperluan persaingan yang adil dalam pembiayaan politik, tetapi ia tidak boleh diterjemahkan sebagai DAP menolak sebarang cadangan pembiayaan politik.

 

“Tiada apa-apa yang diletakkan di atas meja untuk kami menelitinya,” kata Kian Ming kepada Idris sambil menambah DAP ada mengumumkan jumlah derma terkumpul setiap kali selepas ceramah dan majlis makan malam yang dianjurkan.

 

Najib semalam ketika mengumumkan penubuhan JKNMPP bagi merangka pelan pembiayaan politik berintegriti yang komprehensif dan inklusif, berkata terdapat keperluan mendesak supaya dana politik mempunyai peraturan.

 

Dia juga dilaporkan berkata, pelan yang pada awalnya dicadangkan penubuhan pada 2009, ditolak pakatan pembangkang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.