Azwan Ali Selar Muhyiddin Sebagai Duri Dalam Daging

Kuala Lumpur – Selebriti kontroversi, Azwan Ali menyelar mantan tindakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berterusan mengeluarkan kenyataan menyerang kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

 

Menurut Azwan tindakan Muhyiddin itu sebagai amat bahaya dan menggesa beliau agar berhenti mengeluarkan kenyataan yang merepek.

 

“TAK HABIS HABIS KE HULU KE HILIR? #KESIANNNNNNN THAT DAY SIAP BUAT PC ?
“SAYA TERIMA DENGAN HATI TERBUKA ” ! NOW?.

 

“#KoDahKENAPE? #STOPyourNONSENSE DURI DALAM DAGING AMAT AMAT MERBAHAYA !
GET AWAYYYYY !” tulisnya melalui akaun Instagram semalam.

 

Melalui status tersebut, Azwan turut memuatnaik gambar yang memaparkan separuh muka Timbalan Presiden UMNO itu.

 

Tinjauan SuaraTV mendapati, bekas penyampai hos televisyen itu turut menyelar rakaman perbualan Muhyiddin berhubung dana RM2.4 billion yang hangat diperkatakan sebelum ini.

 

“SIANG? BAGAI NAK GILA PC ? “SAYA BERSIKAP TERBUKA ! ” MALAM ? VIDEO NI JADI VIRAL? EEEEEEEEEEEEEE #NOTmyLEVELLLL ALAHAIIIIII #MUHASABAHHH LA SEMUA YG TERCABAR MINDA KERANA 2.6 BILLIONZ ! BUKAN DUIT MAK KO PUN ! #SOx3 ?

 

“AZWAN ALI TOTAL AGREED? WHATS WRONG WITH 2.6 BILLION? #KoDahKENAPE BTW #SALUTE TO ALL YG LIKES THIS PICS & STATUS !” tulisnya di akaun yang sama sebelum ini.

 

Azwan Ali Muhyiddin Yassin 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.