26 Ahli Parlimen BN Terbabit Dalam Konspirasi Guling Kerajaan

Kuala Lumpur – Seramai 26 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dikatakan terlibat dalam konspirasi untuk menggulingkan kerajaan yang didalangi oleh pemimpin UMNO.

 

Menurut sumber, pemimpin UMNO itu memainkan peranan menyediakan tujuh muka surat akuan bersumpah untuk mempengaruhi 87 ahli Parlimen pembangkang dan 26 ahli Parlimen BN.

 

“Kritik dalam parti tidak apa tetapi sebagai pembesar UMNO apa yang dia buat itu sangat kurang ajar,” katanya ketika dihubungi SuaraTV sebentar tadi.

 

Menurutnya selepas pendedahan berhubung konspirasi mengulingkan kerajaan itu didedahkan kepada umum semalam, pemimpin UMNO itu telah menghubungi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk meminta maaf.

 

“Sebenarnya bukan Datuk Seri yang nak bawa jumpa, disebabkan pendedahan yang dilakukan sebelum ini mereka telah menghubungi TPM dan meminta untuk mengaturkan satu perjumpaan dengan PM.

 

“Mereka dikatakan menyesal dan ingin memohon maaf atas tindakan yang dilakukan sebelum ini namun Datuk Zahid tidak akan hadir dalam perjumpaan tersebut disebabkan jadual yang agak padat pagi ini di Tampin, petang di Jempol dan malam di Lumut” katanya lagi.

 

Bagaimanapun, sumber tidak pasti lokasi pertemuan tersebut.

 

Zahid ketika berucap merasmikan Mesyuarat Umno Bahagian Ampang, pada Ahad mendedahkan terdapat gerakan yang disusun bertujuan menjatuhkan kerajaan sedia ada yang turut melibatkan pemimpin Umno-BN.

 

Ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Tampin pagi tadi, Zahid berkata pemimpin Umno yang didakwa berhasrat bergabung dengan anggota Parlimen pembangkang untuk menggulingkan kerajaan, akan bertemu Najib jam 6 petang ini.

 

Tambah sumber, beliau difahamkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah berjumpa dengan Zahid jam 7 pagi tadi bagi membincangkan perkara itu dan seterusnya mengeluarkan waran tangkap sekiranya terdapat bukti kukuh.

 

 

BACA: Zahid Bawa Kumpulan Guling Kerajaan, Jumpa PM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.