Menonton TV Di Twitter

Twitter mengumumkan kerjasama dengan stesen penyiaran Comcast dan unit NBCUniversal yang membolehkan pengguna untuk menonton rancangan televsiyen secara langsung menerusi laman sosial itu.

Perjanjian itu yang juga akan diperluaskan kepada syarikat televisyen dan produser video lain, menggunakan kekunci “Lihat ia” di Twitter yang membolehkan penggunanya menonton secara terus ke program TV.

Stesen penyiaran Comcast berkata ia akan memberikan pelanggannya, perkhidmatan TV Xfinity dengan keupayaan untuk menukar saluran, set perakam video digital atau menonton program secara langsung menerusi tweet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.