“Me, I’m Mariah… ” Di Malaysia Oktober Ini

Kuala Lumpur  – Ikon tersohor, Mariah Carey bakal berkunjung ke Malaysia buat kali kedua selepas konsert pertamanya sedekad yang lalu.

Mariah, 44, dijadualkan mengadakan konsert yang dikenali sebagai, ‘ME. I AM MARIAH’ Live in Malaysia 2014 itu di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada pukul 8 malam, 22 Oktober ini.

Malaysia merupakan salah sebuah negara di Asia dalam rangka promosi album terbaharunya, Me. I Am Mariah…The Elusive Chanteuse, selain Jepun, Singapura, Filipina dan China.

Sehubungan dengan konsert yang dibawakan oleh Malaysia Major Events dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia itu, jualan tiket akan dilancarkan bermula pada Ahad, 17 Ogos ini di Boulevard, Level G, Paradigm Mall in Kelana Jaya dari pukul 11 pagi hingga 5 petang.

Peminat yang hadir pada pelancaran jualan tiket tersebut bakal menikmati potongan harga tiket sebanyak 10 peratus.

Tiket dijual pada harga RM680 (kerusi VVIP), RM580, RM480 dan RM380, RM280 dan RM120.

Jualan tiket secara online juga boleh didapati pada 17 Ogos ini selepas pukul 5 petang menerusi laman, www.ticketcharge.com.my, juga menerusi telefon TicketCharge hotline (03- 9222-8811) atau IME Productions hotline (03-2166 6166).

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.