McDonald’s Nafi Beri Sumbangan Dana Pada Israel

Petaling Jaya – McDonald’s Malaysia menegaskan bahawa mereka tidak menyokong kumpulan politik atau konflik agama di mana-mana bahagian di seluruh dunia.

Sehubungan itu McDonald’s menggesa rakyat Malaysia supaya menghentikan gangguan terhadap pekerjanya.

Golden Arches Restaurants Sdn Bhd, yang menguruskan rangkaian McDonald’s di Malaysia sebelum ini dilaporkan bahawa pekerjanya diancam, diserang dan diganggu berikutan gesaan supaya memboikot restoran berkenaan.

“Dakwaan mengenai sebab mereka memboikot restoran ini adalah tidak berasas. Kebanyakannya dibuat atas kepercayaan sendiri walaupun kami sudah menjelaskan bahawa McDonald’s Malaysia tidak membiayai perang.

“Situasi kini sampai ke tahap membahayakan pekerja kami,” kata Pengarah Urusan Golden Arches Restaurants, Stephen Chew dalam satu temu bual dengan The Star baru-baru ini.

Tambah beliau, orang ramai dikelirukan dengan maklumat yang tidak tepat hingga menyebabkan rakyat Malaysia bermusuh sesama sendiri.

Mengenai dakwaan bahawa Perbadanan McDonald’s membiayai Tabung Perpaduan Yahudi (JUF), yang seterusnya membiayai peperangan di Gaza, Chew menjelaskan bahawa walaupun McDonald’s adalah jenama Amerika, ia tidak pernah membiayai apa-apa isu politik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.