Laporan ADUN PAS Dari Hulu Klang Kritikal Di IJN, Palsu

Kuala Lumpur – Laporan yang mendakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang, Saari Sungib yang dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur petang tadi adalah palsu.

Hasil tinjauan dan pemeriksaan yang dilakukan oleh SuaraTV di Institut Jantung Negara (IJN) sebentar tadi mendapati tiada nama pesakit yang didaftarkan diatas nama Saari.

“Mengikut data kemasukan sepanjang hari ini, tiada sebarang nama yang direkodkan atas nama beliau” ujar pegawai IJN yang bertugas.

Beberapa blog sebelum ini mendakwa kononnya Astro Awani melaporkan ADUN tersebut berada dalam keadaan kritikal setelah mengadu sakit dada kepada isterinya, Alizs Jaafar dirumah mereka di Taman Sri Ukay, Hulu Klang sebelum dimasukkan ke hospoital bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

Laporan tersebut kemudiannya disebarkan oleh pihak-pihak tertentu melalui aplikasi Whatsapp.

Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali dilaporkan berkata Saari Sungib mungkin melanggar baiah bersama Pas sekiranya beliau memutuskan untuk keluar parti semata-mata kerana keengganan Pas Pusat menyokong pencalonan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.

Menurut Hasan Ali pelanggaran baiah berlaku apabila seorang pemimpin atau ahli Pas melakukan perbuatan yang bercanggah dengan pendirian Pas Pusat.

Saari merupakan salah seorang dari dua ADUN  PAS yang menyokong perlantikan Wan Azizah Ismail semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.