Kes Rogol Di India Gambaran Buruk Dan Memalukan

New Dehli  – Perdana Menteri India, Narendra Modi mengutuk keras kejadian rogol yang semakin kerap berlaku di negara ini, sehingga memberi gambaran yang sangat memalukan India, dan mendesak supaya jenayah itu ditamatkan segera.

Beliau meluahkan kekecewaannya itu dalam ucaptamanya sempena Hari Kemerdekaan India, semalam.

Dalam ucapan selama 45 minit itu, Modi berkata, kadar jenayah rogol di negara ini telah memalukan India dan menggesa seluruh keluarga di negara ini bertanggungjawab mengawai tingkah laku anak lelaki mereka dan tidak menyalahkan anak perempuan semata-mata.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.