Demam Liga Perdana Inggeris 2014/2015 Bermula

London – Musim Liga Perdana Inggeris (EPL) yang dinanti-nantikan peminat bola sepak akan bermula malam ini.

Manchester United merupakan pasukan pertama yang akan buka tirai musim Liga Perdana Inggeris 2014/2015 ini.

Pertemuan MU dengan Swansea dijadualkan 7.45 malam ini (waktu tempatan).

Di bawah pengurus baharu, Louis Van Gaal, Manchester United diharap dapat nafas baharu dan sekaligus kembalikan zaman kegemilangannya setelah mengharungi ‘detik negeri’ musim lepas.

Seperti diramalkan MU pasti akan memberi cabaran kepada pasukan-pasukan lain terutamanya Manchester City yang merupakan penyandang juara Liga Perdana Inggeris.

Manchester City memenangi trofi Liga Perdana Inggeris buat kali kedua dalam tempoh tiga musim.

Liverpool yang sudah hampiri untuk menjadi juara musim lepas pasti tidak akan lupa kekalahan 2-0 di tangan Chelsea.

Daripada saat kekalahan inilah impian Liverpool untuk menjuarai trofi ini buat pertama kali selepas 24 tahun musnah.

Ketiadaan Luis Suarez juga merupakan satu cabaran bagi pasukan Liverpool untuk mengharungi musim ini.

Musim lepas Suarez menjadi tonggak utama dalam membawa pasukan ini ke tangga ke-2 Liga Perdana Inggeris.

Peminat-peminat juga boleh lihat setakat mana berkesannya pengimportan pemain-pemain seperti Alexis Sanchez (Arsenal), Fernando (Manchester City), Diego Costa(Chelsea), Cesc Fabregas(Chelsea) dan sebagainya dalam membawa pasukan masing-masing juarai musim ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.