Cita-cita Anwar Punca Krisis Kepimpinan Di Selangor – Dr Mahathir

Kuala Lumpur – Pertelagahan kepimpinan yang berterusan di Selangor adalah disebabkan oleh cita-cita ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menawan Putrajaya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana menteri paling lama Malaysia itu tidak ragu langsung Anwar adalah pihak yang bertanggungjawab dalam pergolakan yang dialami Selangor.

“Seluruh kisah bermula dengan Anwar apabila beliau memulakan ‘Langkah Kajang’. Anwar mahu menjadi perdana menteri Malaysia,” kata Dr Mahathir.

“Bagaimanapun, Anwar memerlukan sokongan bagi merealisasikan cita-cita beliau. Oleh itu, kedudukan menteri besar Selangor adalah batu loncatan untuk beliau.”

Pertikaian sengit sedang berlaku di Selangor antara Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Berikutan pemecatannya oleh PKR, Khalid meminta sokongan Sultan Selangor untuk mengekalkan kedudukannya sebagai menteri besar.

Khalid pula memecat lima ahli exco dari PKR dan DAP manakala seorang lagi anggota exco PKR mengemukakan surat peletakan jawatan.

“Bagi Anwar, kedudukan Menteri Besar adalah perkara kecil kerana sasaran yang lebih besar adalah kedudukan Perdana Menteri,” kata Dr Mahathir.

“Mungkin jika kita biarkan dia menjadi Perdana Menteri selama sebulan, dia mungkin berpuas hati. Tetapi masalahnya ialah sama ada Anwar bersedia untuk melepaskannya.

“Dengan kekayaan Selangor, Anwar mungkin boleh mempengaruhi ahli-ahli Parlimen untuk bertukar parti dan menyokong pembangkang.”

Dr Mahathir berkata pilihan raya semula di Selangor tidak akan menyelesaikan isu itu kerana Anwar hanya menumpukan matanya ke Putrajaya.

Dr Mahathir diminta mengulas mengenai keengganan Khalid untuk melepaskan jawatan menteri besar walaupun dipecat PKR.

“Ya, ia adalah jelas bahawa Khalid akan menentang hasrat parti itu. Tetapi ia adalah hak beliau,” katanya.

“Demokrasi bermakna kebebasan untuk dapat menyertai dan keluar dari mana-mana parti politik. Lagipun, Khalid juga merupakan bekas ahli Umno.”

4 thoughts on “Cita-cita Anwar Punca Krisis Kepimpinan Di Selangor – Dr Mahathir

  • August 17, 2014 at 4:19 pm
    Permalink

    Saya setuju dengan Tun, dan satu lagi mengapa kita masih mengamalkan politik yang sangat ketinggal zaman, amalan terkini orang hanya berpolitik masa hendak pilihanraya, lepas seseorang menang dan menjadi pemimpin semua pihak harus menyokong nya dan tidak ada dendam..

    Reply
  • August 17, 2014 at 6:15 pm
    Permalink

    Saya sangat bersetuju dengan pendapat Tun. Sejak awal2 lagi saya telah mengikuti perkembangan perjuangan politik Anwar Ibrahim (sejak 1981 ketika saya bertugas di Jawatankuasa Keselamatan Negeri Perak). Sejak dahulu lagi saya telah menjangkakan Anwar akan menjadi pencetus suasana politik dinegara ini sekiranya kegiatan beliau tidak dibendung sejak awal2 lagi. Mungkin atas sebab yang sama maka Tun telah mempelawa Anwar untuk bergiat cergas dalam UMNO supaya kegiatan Anwar yang kurang sihat itu dapat dikawal. Saya kira, mungkin Tun telah nampak gelagat Anwar dan mengambil keputusan untuk mengatur strateji bagi menentukan Anwar dapat dikawal. Maka Tun telah membimbing dan mengasuh Anwar supaya diterima dan disokong kuat oleh pemimpin2 UMNO dan seterusnya BN. Pada satu ketika, memang gandingan Tun / Anwar adalah yang terbaik dan disegani dimerata dunia. Akan tetapi disebabkan oleh sifat tamak yang semula jadi dalam dirinya diikuti dengan jiwa pemberontak pada dirinya, maka bermulalah titik hitam bukan hanya dalam sejarah politik peribadinya bahkan senario politik negara. Anwar mula mencabar kewibawaan Tun keran dia bertanggapan ketika itu dia dah boleh jadi PM yang akan disokong rakyat. Saya kira, Tun telah lama membaca rentak Anwar dan telah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Bila tiba masanya Tun dicabar secara terang2 oleh Anwar, Tun terpaksa ‘membunuh’ kerjaya politik Anwar ibarat dalam peperangan tentera darat iaitu, apabila kedua2 pihak yang berperang sudah kehabisan peluru, maka jalan terakhir adalah dengan memasang baynet dihujung rifle. Maka, mulalah perlawanan baynet (bayonet fighting) untuk menentukan kemenangan. Dalam episod Tun / Anwar bila di cabar dahulu, sesiapapun tak boleh nak menyalahkan Tun kerana menggunakan muslihat yang difikirkan perlu ketika it, bukan sekadar untuk menyelamatkan nyawa beliau dari Anwar bahkan juga demi menyelamatkan maruah negara ketika itu dan seterusnya. Selepas itu mulalah babak2 yang menjengkelkan dari Anwar dan pasukan ‘think tanknya’. Pada yang tahu samada secara langsung atau tidak langsung, Anwar dan kuncu2nya mula merancang suatu strategi untuk menjatuhkan Tun. Saya berani menyatakan disini bahawa teori konspirasi yang dilemparkan oleh Anwar terhadap kerajaan BN sebenarnya adalah ciptaan beliau sendiri. Jangan tanya bagaimana saya mengetahuinya akan tetapi memadailah sekiranya saya katakan saya mengetahuinya. Malangnya, apabila saya cuba mengyakinkan kepada beberapa orang pemimpin kerajaan yang saya kenali ketika itu, malangnya kenyataan saya itu tidak diambil serius. Dalam hal ini, saya juga berasa amat kesal dengan sikap yang ditunjukkan oleh beberapa kerat pemimpin berkenaan. Sepatutnya mereka telah bertindak ataupun paling kurangnya, membuat siasatan untuk mengetahui kesahihan laporan saya itu. Mahu tak mahu, saya terpaksa lupakan hasrat saya dan membuat keput7san untuk mengikuti perkembangan seterusnya sambil memberi sokongan secara berterusan. Ketika itu saya hanya dapat bersimpati terhadap Tun yang tidak mendapat sokongan ikhlas dari sesetengah menterinya. Samada Tun juga mengetahuinya ketika itu, Allah sahaja yang mengetahuinya. Apapun, saya akan sentiasa menyokong Tun sehingga keakhir hayat kerana saya yakin dan percaya bahawa tiada pemimpin yang sebijak dan sejujur Tun dalam perjuangan untuk memertabatkan bangsa melayu serta negara yang tercinta ini. Ya Allah, Kau berikanlah kesihatan dan kesejahteraan kepada Tun Mahathir Mohamad, pemimpin bangsa dan negara yang sangat aku hormati dan sanjungi. Kau hindarkanlah dia dari sebarang rintangan dan hasat dengki musuh2nya yang dia ketahui dan tidak ketahui. Kau panjangkanlah umurnya supaya dia akan dapat terus menyumbang dan berkhidmat kepada negara yang tercinta ini. Aaminnn!

    Reply
  • August 17, 2014 at 10:44 pm
    Permalink

    Lihat kenapa beliau nak buat umno susah? Adakah ini kerana adanya guna authority gomen untuk menjadi kaya dan fitnah dilempar.
    Sesuatu mesti disiasat..dan dihakim dengan adil. Kenapa ada isma dan perkasa sama sama menjadi assessori kerajaan umno?

    Reply
  • August 18, 2014 at 12:08 am
    Permalink

    Kerana orang cina yg tak suka umno kaya…
    Kerana tun tahu anwar.salah

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.