Bayi Selamat Dilahirkan, Selepas Ibu Maut Dihempap Pokok

Hong Kong – Sepasukan doktor di sini terpaksa melakukan pembedahan kecemasan bagi mengeluarkan seorang bayi daripada ibunya yang maut akibat ditimpa sebatang pokok dalam satu kejadian, petang semalam.

Media tempatan melaporkan, kejadian kira-kira 2.30 petang itu membabitkan seorang wanita berusia 37 tahun yang hanya dikenali sebagai Zhang di sebuah kawasan perumahan mewah Mid-Levels di selatan bandar raya itu.

“Ibu kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia manakala bayi itu masih dalam keadaan kritikal,” kata jurucakap hospital. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.