ISTILAH ‘bahaya’ yang menjadi alasan bekas pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon tidak mahu mendedahkan faktor utama beliau meletakkan jawatan dipersoalkan oleh pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim.
Tunku Ismail juga meminta semua pihak sama ada penyokong, ahli politik dan pihak media untuk meminta Pan-gon lebih spesifik menjelaskan mengenai perkataan ‘bahaya’ itu.
“Be more specific. Takut kena tembak? takut kena kidnapped? Kena sepak? Be direct!” kata TMJ.
“Takut kena tembak? Takut kena culik? Takut kena sepak? Terus terang.
“@RimauXI awak dulu pernah datang rumah saya, ada kena belasah? Bawa carta berkenaan konspirasi dalam FAM. Tapi bila saya minta bukti, awak bagitau ini semua teori sahaja.
“Jadi ini semua lagi satu konspirasi teori yang dicipta?,” tulis Tunku Ismail yang memberikan respon hantaran video sidang akhbar Pan-gon yang diciap oleh akaun @RimauXI.
-SINAR HARIAN