ADUN Rembia digantung Umno kini sah sertai PAS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang sebelum ini digantung keahlian dalam Umno sah menyertai PAS.

Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dengan kemasukan Jailani ke parti itu berkuat kuasa Jun tahun lalu.

Bercakap pada sidang media di Parlimen hari ini, Takiyuddin berkata keputusan itu dibuat selepas menerima permohonan Jailani pada 10 Jun 2023.

Jailani sebelum ini didesak meninggalkan Umno dan menyerahkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia disandang berikutan tindakannya menyertai perhimpunan parti pembangkang sejak Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Beliau yang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) atas tiket PKR, antara empat ADUN Pakatan Harapan (PH) yang melompat menyokong Barisan Nasional (BN) bagi mengambil alih pentadbiran negeri pada Mac 2020.

Beliau kemudian dikatakan dipecat parti itu sebelum mengumumkan menyertai Umno bagi membolehkannya dipilih bertanding semula mewakili BN pada PRN 20 November 2021.

Pada PRU-15, Muhamad Jailani menyertai perhimpunan parti pembangkang, selain turut serta dalam perarakan proses penamaan calon PAS Parlimen Ketereh di Kelantan, lapor BH pada Selasa.

Beliau juga menghadiri majlis pengumuman calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram di Bakri, Johor.

Muhamad Jailani bagaimanapun mempertahan tindakannya dengan menegaskan kehadirannya di majlis itu bukan atas kapasiti sebagai ADUN UMNO, sebaliknya mewakili pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Muafakat Nasional (MN) yang diterajui bekas Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat