Pengundi Melayu akan hukum Umno kerana Zahid gagal pertahankan agama, kaum – KJ

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dikritik kerana disifatkan gagal mempertahankan orang Melayu, agama Islam dan Perlembagaan Persekutuan apabila bertindak membela Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng berhubung kenyataannya berkaitan isu 3R (raja, kaum, agama).

Dalam sesi podcast Keluar Sekejap yang disiarkan malam tadi, Khairy dan hos bersamanya Shahril Hamdan bersetuju bahawa ucapan kontroversi Guan Eng baru-baru ini di Pulau Pinang adalah pelanggaran yang jelas terhadap peraturan 3R.

Khairy yang juga bekas Ketua Pemuda Umno itu berkata, beliau berang dengan ucapan Guan Eng, tetapi yang paling mengecewakan beliau ialah reaksi balas Timbalan Perdana Menteri, Zahid mempertahankan Guan Eng kerana membuat ucapan berkaitan 3R.

“Kalau dia (Zahid) nak mempertahankan kerjasama dengan DAP ,itu saya boleh terima lagilah… sebab dia bentuk kerajaan campuran sedia ada, nak mempertahankan keduduakn Umno dalam kerajaan, kedudukan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri saya boleh terima lagilah kerana memberi penjelasan dalam mempertahankan rakan-rakan dalam kerajaan campuran.

“Tapi mungkin Zahid lupa bahawa Datuk Seri adalah Presiden Umno bukan Setiausaha Agung DAP, kalau setakat nak mempertahankan kerjasama dengan DAP dalam kerajaan campuran ini saya rasa boleh terima lagilah tapi kalau mempertahankan Pengerusi DAP Kebangsaan yang telah keluarkan kenyataan 3R ni, kenyataan yang memang ekstrem, kenyataan yang memomokkan bukan Islam dan juga bukan Melayu tentang kononnya ada gelombang hijau atau Taliban yang akan merobohkan tempat-tempat ibadat mereka, saya rasa Datuk Seri tidak menghormati kerusi Presiden Umno.

“Ini kerusi yang pernah disandang oleh Tunku Abdul Rahman, Tun Razak tau, ini kerusi yang keramat. Biasanya kita sebut di sini, kita mempertahankan institusi Presiden kita tolak ketepi Zahid Hamidi, kita mempertahankan institusi Presiden , saya bertanding untuk jawatan kerusi Presiden ini, kerusi keramat ni, what you have done to the chair?

“Apa yang kamu telah buat kepada kerusi institusi presiden ini? saya tak faham ini tak boleh diterima, tak layak disebut oleh Presiden Umno,” bidas Khairy.

Bahkan Khairy menyatakan kekecewaan beliau terhadap sikap Zahid yang dinilai sebagai memalukan.

“Tak tahulah, saya rasa betul-betul kecewa sebab bagi saya, KJ dan Shahril yang selalu dituduh sebagai progresif liberal.

“Ini bila saya baca kenyataan Guan Eng saya marah dan bila baca kenyataan daripada Zahid yang mempertahankan Guan Eng saya lagi marah, sebab bagi saya, buat malu saja,” ujar bekas Menteri Kesihatan itu lagi.

Beliau malah menjangkakan kenyataan Zahid itu akan menjadi simbolik Umno akan dihukum oleh orang Melayu pada Pilihan Raya Negeri 12 Ogos ini.

“Saya rasa pengundi Melayu akan hukum Umno, banyak isu lah yang ada untuk mereka hukum Umno tapi ini adalah simbolik bahawa tujuan penubuhan Umno itu untuk mempertahankan orang Melayu, untuk mempertahankan agama, untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan itu pun dah Umno tak boleh mainkan peranan bila Presiden sanggup untuk mempertahankan kenyataan 3R macam ni,” tegasnya.

Sementara itu, Shahril pula berkata, secara peribadi beliau tidak mahu Umno menderita disebabkan seorang, dua pemimpin yang bersikap sedemikian kerana ia meranapkan parti.

“Adakah ini cerminan kerusi yang dibanggakan itu? Bukan cuma Zahid, orang dalam parti patut ada keberanian untuk cakap.

“Saya secara peribadi tak nak Umno menderita disebabkan seorang, dua tapi kalau diteruskan begini, saya tak tahu,” katanya.

Guan Eng kini disiasat berhubung ucapannya yang berunsur 3R itu.

Beliau berkata ucapannya, yang disampaikan dalam bahasa Mandarin, disalah nyatakan, menjadikannya mendakwa ada pihak yang merancang untuk memusnahkan kuil Buddha dan Cina.

Dalam pembelaan, beliau berkata merujuk kepada kes kuil Hindu dirobohkan pada Julai 2020 di Alor Setar, Kedah.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat