Penyokong Perancis Berpesta Rai Kejayaan Rangkul Juara Piala Dunia 2018

PARIS / MOSCOW – Berjuta penyokong Perancis meraikan kejayaan pasukan mereka menumbangkan Croatia 4-2 dalam aksi final Piala Dunia – bermula di Moscow sehinggalah ke Paris dan Marseille serta seluruh pelusuk dunia.

Di Paris, kira-kira 90,000 orang berkumpul di sekitar Menara Eiffel untuk menyaksikan siaran langsung menerusi tayangan di skrin gergasi dan televisyen, dan di Marseillaise, mereka membunyikan hon kenderaan sambil mengibar bendera.

Pesta bunga api, bunyi hon kenderaan mewarnai sambutan kejayaan perancis meraih gelaran kedua selepas melakukannya pada Piala Dunia 1998.

Nyanyian lagu ‘We are the champions, We are the champions’ bergema di Sacre Coeur di bahagian utara.

“Mereka melakukan sesuatu yang cukup menakjubkan,” kata Josh, 41, yang datang dari Brittany ke Paris untuk menyaksikan perlawanan.

“Pogba, Mbappe, Grizou (Griezmann) – mereka di puncak dunia,” katanya yang menamakan tiga pemain itu sebagai tonggak utama Perancis yang cukup cemerlang pada aksi final.

“Kami ada juara dunia. Ia satu fenomena, memang fenomena”

Bahkan, orang ramai yang bukannya penyokong tegar Perancis turut bersama meraikan pesta kejayaan itu di beberapa bandar utama di negara berkenaan.

“Perancis bukannya pasukan saya, tetapi saya juga tumpang gembira untuk mereka,” kata Sarah, 24, dari Birmingham, England yang kini menuntut dalam jurusan perubatan di Paris.

“Pemain membuktikan sesuatu yang istimewa, ia sesuatu yang saya suka dan saya tidak pasti mereka boleh menang atau tidak, tetapi mereka berjaya melakukannya,” – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.