‘Taktik DAP Adalah Sama, Mahathir Dan Wan Azizah Hanya Diperalat’ – Tajuddin

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, DAP sengaja membuat percaturan seperti kebiasaannya apabila tidak memegang jawatan tinggi dalam Struktur Pakatan Harapan yang dimuktamadkan dua hari lalu.

Beliau berkata, parti itu sengaja membuat pendekatan seperti itu kerana kenyataannya, merekalah sebenarnya parti yang berkuasa di negeri yang dikuasai Pakatan pembangkang.

“Di selangor misalnya, memanglah Azmin Ali (Datuk Seri) sebagai Menteri Besar, tetapi mereka (DAP) yang berkuasa di Selangor.

“Cina-cina DAP ni tak perlu nama, pangkat atau kedudukan. Mereka hanya mahu memenuhi matlamat mereka. Bukan macam kita yang nakkan pangkat nak tunjuk hebat. Ini pernah berlaku semasa Nizar (Datuk Seri Nizar Jamaluddin) di Perak menjadi Menteri Besar selama 11 bulan memerintah (Perak) hanya jadi patung saja. Yang berkuasa siapa? (DAP),”katanya di majlis sambutan aidilfitri di sini hari ini.

Tambahnya, di Selangor juga sudah nampak yang berkuasa adalah Teresa Kok dan Ahli Parlimen DAP yang lain.

Beliau turut mendakwa Azmin terpaksa tunduk kepada parti itu yang menguasai Pakatan Pembangkang di Selangor.

Dalam pada itu, beliau turut mengulas biarpun adanya Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datin Seri Wan Azizah menaungi Pakatan Harapan baharu itu, namun menyifatkan ia tidak akan kemana tanpa sokongan daripada DAP.

“DAP tahu bahawa Dr Mahathir, Muhyiddin dan Wan Azizah (pakatan Harapan) tidak akan pergi kemana tanpa kuasa daripada DAP. Tanpa sokongan Cina DAP. Disuruhnya kita ‘berperang’ dan bila menang dia (DAP) seorang yang kutip hasil,”katanya.

Sehubungan itu, menyifatkan Dr Mahathir, Wan Azizah dan Muhyiddin sebagai tidak bijak, beliau berkata mereka bertiga telah diperalatkan oleh DAP.

“Saya kasihan tengok mereka ni diperalatkan DAP. PKR juga kita tengok, hanya 20 peratus ahli PKR itu adalah Melayu. Tapi ahli 80 peratus bukan Melayu. Mana mungkin yang 20 peratus tu boleh kawal yang 80 peratus tu. Itulah yang menentukan halatuju parti mereka, yang semua Cina PKR itu sama sahaja pemikirannya seperti DAP yang kesemuanya menolak kita (Melayu),”katanya yang turut memperakui bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya diperalat untuk meraih simpati masyarakat.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.