PM Najib Lancar Buku Asal Usul Melayu

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini merasmikan buku berjudul ‘Asal Usul Melayu Induknya Dibenua Melayu Sunda’ sempena Majlis Rumah Terbuka UMNO 2017 di sini.

Sehubungan itu, ia hasil tulisan tiga penyelidik iaitu Zaharah Sulaiman, pakar arkeologi, Prof Emeritus Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh dan Prof Emeritus Datuk Dr Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman selaku pakar arkeologi dari Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), lapor BH.

Buku yang ditulis berpandukan 1,000 sumber penyelidikan yang diperoleh daripada tokoh-tokoh penyelidik dan pakar genetik genom manusia yang diselenggarakan oleh ratusan universiti di dunia.

Buku berkenaan mengambil masa tujuh tahun untuk disiapkan.

Ia adalah kolaborasi bersama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) selaku penerbit buku berkenaan Buku berkenaan mengandungi kupasan dan pencerahan Melayu mengenai identiti mereka yang sebenar, menimba ilmu dan membuka minda supaya dapat keluar dari kepompong keraguan bahawa bangsa Melayu adalah pendatang di negara ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, yang menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Hadir sama Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.