‘I Am Me Sangat Sesuai Dengannya (Vida)’, Kata Edry

Video rasmi single sulung Datuk Seri Vida (DSV), I Am Me belum sempat dilancarkan, netizen sudah mula bercerita tentang fenomena lagu itu.

Di platform Youtube sahaja, lirik video I Am Me sudah ditonton lebih 50,000 pengunjung sejak dimuatnaik dua hari lalu.

Bagi pencipta lagu itu, Edry Abdul Halim, 41, usahanya untuk menjadikan I Am Me satu fenomena viral sudah menampakkan hasil.

“DSV memang diketahui seorang individu yang sukakan perhatian, jadi saya sengaja mahu menjadikan lagu itu tular sesuai dengan imejnya.

“Selepas merakamkan lagu tema sebuah rancangan realiti sebelum ini, dia menghubungi saya baru-baru ini menyatakan hasratnya mahukan sebuah lagu berbahasa Inggeris.

“Jadi, saya ambil lirik dan melodi yang ringkas untuk menceritakan tentang cara membina keyakinan diri.

“Dirinya sendiri pun lambang keyakinan seorang wanita dan I Am Me sangat sesuai dengannya,” katanya, seperti memetik AstroGempak.

Lagu itu dirakamkan sebanyak dua kali dan telah dilancarkan di semua platform digital semalam (Jumaat).

Muzik video rasmi pula akan ditayangkan secara rasmi dua minggu dari sekarang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.