Disney Umum Dua Teraju Utama Filem Aladdin

Sejak Syarikat produksi Disney mengumumkan akan bakal membikin  filem animasi popular Aladdin, kepada ‘live action’, para peminat tertanya-tanya siapakah bakal melakon dua watak utamanya.

Menurut Huffinton Post, beberapa nama yang disenaraikan oleh pihak Disney  namun menerima kecaman daripada orang ramai di media sosial, para peminat turut memberikan cadangan beberapa nama sperti Dev Patel dan Riz Ahmed, lapor Sinar.

Bagaimanapun, semalam Disney mengumumkan dua pelakon yang akan memegang watak ‘Aladdin’ dan ‘Jasmine’  iaitu Mena Massoud dan Naomi Scott ketika  Expo D23 di Aneheim, California.

Manakala, watak ‘Genie’ pula akan dilakonkan oleh Will Smith.  Perkara tersebut disahkan melalui laman Twitter rasmi milik Disney.

Massoud merupakan pelakon dari Kanada dan pernah membintangi drama ‘Jack Ryan’, ‘Open Heart’ dan ‘Saving Hope’.

Aktress, Scott pula baru-baru ini membintangi filem ‘Power Ranger’ dan melakonkan watak ‘Kimberly Heart’ iaitu Ranger merah jambu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.