Anak Perempuan Terperangkap Dalam Kereta

Tanjong Karang – Seorang ibu cemas selepas anak perempuannya berusia lima tahun terperangkap dalam kereta yang terkunci di pekan ini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.45 malam, mangsa, Nur Assyifaa Mohammad Asraf, bagaimanapun diselamatkan selepas anggota bomba membuka pintu kereta Toyota Rush berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang Azmi Abbas berkata, kanak-kanak itu terperangkap dalam kenderaan ketika ibunya Noorhafizah Mohamed Syukim, 38, meninggalkan mangsa yang tidur di kerusi penumpang belakang untuk membeli makanan di gerai makan berdekatan.

Katanya, setengah jam kemudian sebaik ibu mangsa ingin pulang, beliau mendapati kenderaan itu terkunci sendiri dan memerangkap anaknya yang tidur di tempat duduk penumpang belakang.

“Kami menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 9.17 malam sebelum sebuah jentera dengan kekuatan tujuh pegawai dan anggota diketuai Pegawai Operasi Asmori Mansor dikejarkan ke lokasi,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.