Pelajar Malaysia Terkandas Di Lapangan Terbang Istanbul Selamat

KUALA LUMPUR – Kira-kira 20 pelajar Malaysia ketika ini terkandas di Lapangan Terbang Ataturk di Istanbul, Turki.

 

Difahamkan kesemua mereka menunggu penerbangan pulang ke Malaysia yang dijadualkan pada pukul 2 pagi waktu tempatan.

 

Namun, penerbangan itu telah dibatalkan susulan rampasan kuasa yang dilancarkan tentera negara itu.

 

Difahamkan kesemua mereka berada dalam keadaan selamat.

 

Menurut sumber daripada Kedutaan Besar Malaysia di Ankara, semua warga Malaysia di Turki juga dalam keadaan selamat.

 

Terdapat kira-kira 200 orang pelajar Malaysia di sana.

 

Sementara itu, Bernama melaporkan kedutaan itu berkata, pihaknya akan terus memantau situasi berkenaan dan meminta rakyat Malaysia di Turki yang memerlukan bantuan supaya menghubungi mereka di talian +(90)312-4463547 atau +(90)312-4463548.

 

Selain itu, beliau berkata orang ramai juga boleh menghubungi Kementerian Luar Negeri di Putrajaya menerusi talian 03-88874570 (selepas waktu pejabat) atau 03-80008000.

 

Sementara itu, Persatuan Pelajar Malaysia di Turki (MASAT), dalam catatan Facebook berkata, MASAT masih mengemas kini maklumat pelajar Malaysia di Turki.

 

Ia meminta anggota keluarga pelajar dan orang ramai berhati-hati dalam memilih berita serta merujuk kepada berita sahih daripada sumber rasmi untuk mengetahui perkembangan terkini di Turki. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.