Jurufoto BERNAMA Meninggal Dunia

KLANG – Jurufoto Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Mohd. Nasaruddin Mohd. Adib meninggal dunia hari ini kerana kanser usus.

 

Mohd. Nasaruddin, 43, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 11.05 pagi.

 

Berikutan penyakit yang dihidapinya sejak tiga tahun lepas itu menjadi semakin kritikal, beliau kerap dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini selain berulang alik untuk rawatan di hospital berkenaan.

 

Mohd. Nasaruddin yang telah berkhidmat lebih 15 tahun di Bernama dimasukkan sekali lagi ke Unit Rawatan Kritikal HTAR semalam kerana tidak sedarkan diri.

 

Beliau mula berkhidmat di agensi berita itu di bahagian Bernama TV sebelum menjadi jurufoto dan pernah membuat liputan penting di luar negara.

 

Mohd. Nasaruddin telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pendamar di sini selepas solat Asar.

 

Allahyarham meninggalkan isteri dan tiga orang anak. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.