Erdogan Kembali Ke Istanbul Selepas Cubaan Rampasan Kuasa Tentera

ISTANBUL – Pesawat membawa Presiden Recep Tayyip Erdogan selamat mendarat di Lapangan Terbang Ataturk Turki, hari ini selepas cubaan rampasan kuasa oleh tentera yang cuba menggulingkan beliau, lapor sumber rasmi kerajaan.

 

Ketika kejadian, Erdogan dikatakan sedang bercuti di Marmaris sebuah destinasi pelancongan tepi pantai di Turki.

 

Sekumpulan tentera juga dilaporkan memasuki premis kumpulan media swasta Turki, Dogan Media, lapor saluran CNN-Turki sebelum dihentikan siarannya oleh kumpulan berkenaan.

 

Dalam perkembangan berkaitan, penyiar NTV melaporkan dua orang terbunuh dalam pertempuran di sekitar ibu kota awal semalam. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.