Anina Nafi Jadi Ahli Parti Baharu Ditubuhkan Tun Mahathir

SHAH ALAM – Bekas ahli wanita Umno Langkawi Anina Saadudin, menafikan bahawa beliau salah seorang ahli dalam parti baharu.

 

Sebelum ini, viral di alam maya melalui satu keratan kenyataan yang mendakwa bahawa Anina merupakan salah seorang Ahli Majlis Tertinggi dalam sebuah parti baharu yang digelar parti Melayu Baru Bersatu.

 

Dakwaan itu wujud, dipercayai selepas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merancang untuk menubuhkan parti politik baharu dalam masa terdekat, dimana seperti yang diketahui umum bahawa Anina merupakan orang kuat Mahathir.

 

“Tidak benar,” tulis Anina dalam kenyataan rasmi di Facebooknya, disertakan dengan senarai ahli parti Melayu Baru Bersatu.

 

Sementara itu, memetik senarai pimpinan yang kononnya digelar parti Melayu Baru Bersatu antara yang disebut berada dalam senarai parti itu ialah bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ,merangkap presiden parti, sementara Timbalan Presiden ialah bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

 

Antara lain, ialah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim; bekas Naib Presiden Pas, Husam Musa dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang menjawab jawatan naib presiden parti. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.