1,563 Tentera Turki Terbabit Rampasan Kuasa Ditangkap

ISTANBUL – Pihak berkuasa Turki telah menahan kira-kira 1,563 tentera di seluruh negara itu berikutan cubaan merampas kuasa malam tadi oleh sebilangan anggota bersenjata.

 

Dilaporkan tentera-tentera berkenaan telah menggunakan kereta kebal dan helikopter tempur dalam usaha menggulingkan Presiden Recep Tayyip Erdogan.

 

Dalam perkembangan yang sama, angka kematian di Turki meningkat kepada 90 orang dan 1,154 lagi cedera setakat ini. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.