Pelita Gergasi Warnai Ramadan Kampung Bukit Changgang

KUALA LUMPUR – Pelita gergasi menggunakan diesel sebagai bahan bakar, mewarnai suasana malam sekitar Kampung Bukit Changgang dekat Banting, khususnya sepanjang malam 10 terakhir Ramadan.

 

Bermula tradisi memasang panjut, penduduk kampung mula terfikir mencipta satu kelainan supaya ia menjadi tarikan atau simbol kampung itu.

 

Hasil kesepakatan, penduduk sepakat mencipta pelita gergasi yang dihasilkan daripada barangan terbuang.

 

Ahli Jawatankuasa Persatuan Penawar Sepang Selangor (PPSS), Misrun Miswan, berkata setiap satu pelita gergasi itu dihasilkan dengan kos sebanyak RM300.

 

“Setakat ini, kami sudah menghasil lima pelita gergasi ini dan dinyalakan sekitar kampung. Kami merancang menyalakan pelita ini selama empat malam,” katanya. – BHarian

 

PelitaGergasi

PENDUDUK Bukit Changgang memasang pelita gergasi mewarnai suasana malam sekitar Kampung Bukit Changgang dekat Banting, khususnya sepanjang malam 10 terakhir Ramadan. – Foto NSTP

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.