Pandu Berhemah, Berhati-Hati Di Jalan Raya – PM

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak minta semua pengguna jalan raya memandu secara berhemah dan berhati-hati dalam perjalanan pulang ke kampung sempena Aidilfitri, yang akan disambut Jumaat ini.

 

Perdana Menteri berkata, ramai sudah memulakan perjalanan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Idulfitri sejak sehari dua ini.

 

“Saya berharap pengguna jalan raya memandu dengan berhemah dan berhati-hati agar selamat tiba di destinasi,” katanya dalam kiriman terbaru beliau di Facebook, petang ini.

 

Orang ramai mula berpusu-pusu pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri sejak semalam dengan beberapa laluan utama ke arah utara dan timur dilaporkan sesak teruk hingga hari ini.

 

Kesesakan ini dijangka berterusan hingga pagi esok, berikutan masih ramai warga kota masih belum pulang ke kampung masing-masing. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.