Wanita Mengamuk Guna Steering Lock, Mohon Maaf Di Facebook

Kuala Lumpur – 2 jam yang lalu, Kiki Kamaruddin atau lebih dikenali dengan nama gelaran Kiki CDM25 mula mengemaskini status pagenya dengan kata-kata seperti berikut:

“What happened to me? So sad! Will change my plate number soon.”

Statusnya itu mendapat respon 201 pengguna Facebook. Ada yang menyarankan tidak perlu menukar nombor pendaftaran, sebalik tukar cara dan adab bila berdepan dengan orang lain.

Dalam page itu juga, Kiki menegaskan insiden yang terjadi tiada kaitan dengan syarikat Kerja Kahwinan SDN BHD, tempatnya mencari sesuap nasi. Dalam masa yang sama dia turut memohon maaf di atas tindakannya tempoh hari.

Selain mengeluarkan gambar salinan pesanan ringkas daripada pegawai penyiasat dari Puchong yang mahu mendapatkan kenyataan daripada beliau, wanita tersebut juga berjanji akan bertemu dengan warga emas itu dengan secepat mungkin.

Beliau berkata akan menukar nombor plat kereta CDM25 tersebut selepas mula dikenali susulan insiden malang itu.

Insiden kemalangan kecil yang berlaku pada 14 Julai lalu menaikkan darah wanita berkenaan menyebabkan dia mengeluarkan pengunci stereng dan bersemuka dengan lelaki tersebut.

Kejadian tersebut dirakam oleh orang awam yang berada di tempat kejadian sehingga video berdurasi 2.33 yang dimuat naik di laman sosial.

Wanita berkenaan juga turut memaki hamun lelaki berkenaan dengan kata-kata nista seperti “Ini kereta barulah bodoh!” sambil menghentak pengunci stereng yang dipegangnya itu ke kereta milik lelaki warga emas berkenaan.

Selain itu, cacian seperti “I don’t care, pay me RM2000 now!”, “You very stupid!” dan kata cacian berbaur perkauman kedengaran di penghujung video tersebut.

– See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/wanita-mengamuk-kepada-warga-emas-mohon-maaf-rayu-video-dibuang#sthash.F4McWdwz.dpuf

Kiki juga memohon agar orang ramai memberikan ruang dan menyatakan dia juga manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Disamping itu Kiki memohon agar page-page yang diwujudkan semata-mata untuk menjadikannya sebagai bahan lawak dihentikan serta merta.

Berkenaan dengan kata-katanya yang berbaur perkauman dalam video yang tersebar meluas di laman sosial, Kiki menjelaskan dia tidak tahu bahawa jika memanggil seseorang itu ‘cina’ akan dianggap sebagai perkauman. Kiki sebelum ini pernah mengalami pengalaman yang buruk dengan cina dimana dia telah ditipu dalam bentuk wang ringgit.

Kiki sekali lagi merayu pada orang ramai agar tidak mengancam dirinya dan anak-anaknya di masa akan datang. Dia juga merayu agar videonya dibuang serta merta dan dia mengakui apa yang terjadi adalah kesilapan yang datang dari dirinya.

Biarpun ada yang menyarankan Kiki membuat satu video pemohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia terutamanya uncle yang menjadi mangsa bulinya itu, Kiki terpaksa menolak.

Ini kerana dalam saat ini, dia tidak berupaya membuat sebarang kenyataan. Ditambah pula dengan pelbagai persoalan dari pihak keluarganya sendiri, jiran dan juga rakan-rakannya.

Namun dia tidak menolak berkemungkinan dalam masa akan datang dia akan berbuat demikian.

Berkenaan dengan insiden yang dialami oleh ibu Azizul sebelum kejadian pelanggaran dengan uncle cina terbabit, Kiki berkata dia mengakui kesilapannya jika perkara itu benar.

Walau bagaimanapun, Kiki tidak teragak-agak membuat laporan polis jika ada sebarang pihak yang mengugut mengancam keselamatannya. Pada masa ini, sebaik-baiknya orang ramai memberikan sokongan dan nasihat yang membina, bukannya caci maki yang diperlukan.

57 minit yang lalu, pegawai penyiasat IPD Puchong telah menghubungi beliau untuk diambil keterangan.

Namun amarah orang ramai masih belum reda dan menyerang page Kiki bertalu-talu dengan sindiran Steering Lock.

Kejadian turut dirakam dan dimuatnaik oleh seorang pemilik akaun Facebook yang bernama Jessica Qi dengan berkapsyen “Yesterday At The Kuantan Miss Captured A Very Red-You Help Her’’.

Rakaman yang berdurasi selama 2 minit 33 saat itu menjadi viral di laman-laman sosial.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat Malaysia. Rata-ratanya beliau dikecam hebat kerana berperilaku biadap terhadap pelaku lelaki yang bewarga emas dan berbangsa cina.

Menurut rakaman, lelaki tersebut berkali-kali meminta maaf atas ketidaksengajaannya melanggar kereta gadis tersebut.

Namun, gadis tersebut beremosi sehingga dengan sengaja memukul kereta warga emas itu berkali-kali dengan menggunakan pengunci stereng kereta.   

Susulan dari kejadian itu, gadis tersebut menerima komen-komen yang negatif daripada pelbagai pihak  sehingga memaksanya menutup laman akaun Facebook miliknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.