Polis Ambil Tindakan Terhadap Wanita Pembuli

KUALA LUMPUR 16 Julai – Polis akan mengambil tindakan undang-undang terhadap wanita yang didakwa membuli seorang lelaki dengan menggunakan batang kunci stereng kereta seperti yang tersebar dalam laman sosial sejak semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan mengikut undang-undang berkaitan kerana tindakan wanita tersebut menyalahi undang-undang kerana menjadi pembuli jalanan.

“Apa sahaja melibatkan kemalangan biarlah polis menjalankan siasatan dan jangan sesekali membuat tindakan sendiri seumpama itu,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Bungkusan Kuih Raya Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2014 di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.