Pesta Tonton Sengsara Gaza

Kuala Lumpur : Tidak berhati perut. Itulah perkataan yang paling sesuai untuk menerangkan sikap sekumpulan penduduk Israel yang bagaikan berpesta menyaksikan pengeboman tentera Zionis ke atas Gaza yang membunuh wanita dan anak kecil Palestin itu dengan tepuk tangan dan sorakan.

Portal New York Times (NYT) melaporkan semalam, sekumpulan 12 rakyat Israel berada di puncak bukit di pinggir bandar Sderot dan menyaksikan pengeboman Gaza oleh tentera Zionis sambil duduk di kerusi pantai dan memakan bertih jagung.

Peristiwa itu dirakam menggunakan kamera iPhone oleh koresponden akhbar Denmark Kristeligt Dagblad, Allan Sørensen sebelum dimuat naik ke laman Twitternya dan diberi sindiran tajuk “Sderot cinema” (panggung wayang Sderot).

Imej itu dirakam selepas 9 malam Rabu lalu (waktu tempatan) iaitu masa yang hampir sama serangan tentera Israel yang membunuh sekurang-kurangnya lapan rakyat Palestin, sementara menunggu perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2014 Argentina bertemu Belanda.BsICixqCQAAT17z

Gambar berkenaan telah ditweet semula lebih 10,000 kali di laman sosial. Bahkan, perbuatan menyaksikan pegeboman itu bukanlah sesuatu perkara luar biasa kerana kegiatan sama pernah dilaporkan Times of London dan laporan video TV2 Denmark mengenai sekumpulan rakyat Israel berkumpul di tanah tinggi bagi menyaksikan kemusnahan Gaza ketika Operation Cast Lead pada 2009.

Menurut Sørensen, dia juga pernah melihat rakyat Palestin bersorak apabila mendapat berita pengeboman yang membunuh warga Israel, yang disifatkan sebagai “inilah yang berlaku”, orang awam dan pejuang di kedua belah pihak “menjalani proses penghapusan pihak musuh”.

Sderot terletak di dalam jangkauan roket pejuang Islam Gaza dan pernah ditembak, baru-baru ini.

Ketika pengguna Twitter warga Israel menuduh wartawan Denmark itu memuat naik gambar palsu, kejadian sama dirakam oleh beberapa jurugambar termasuk rakan setugas Sørensen Nikolaj Krak.

Krak menulis:“Bukit itu bertukar menjadi barisan hadapan panggung wayang perang realiti. Ia menawarkan pemandangan Semenanjung Gaza yang padat dihuni. Orang menyeret kerusi perkhemahan dan sofa ke puncak bukit. Ada sebahagian yang membawa bersama bertih jagung manakala yang lain menghisap hookah dan asyik bersembang.

Apabila bom mengenai sasarannya, Krak melaporkan, “sorakan menggamatkan bukit itu diikuti dengan tepukan gemuruh.”

Kehadiran penonton di ‘panggung wayang Sderot’ itu turut mendapat kritikan masyarakat antarabangsa antaranya wartawan dan penyampai berita BBC Aliya Nazki melalui akaun Twitter yang menyifatkan “sesiapa saja yang meraikan kematian walau di mana saja adalah sesuatu yang keji, tak kira di pihak mana sekalipun.”

http://www.hmetro.com.my/articles/2014071600322420140716003224/Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.