Padah Belasah Teman Wanita

KUCHING: Seorang wanita cedera dibelasah teman lelakinya yang mabuk di luar sebuah pusat hiburan di Jalan Song di sini lewat malam kelmarin.

Terdahulu, difahamkan wanita berusia sekitar 20-an itu berselisih faham dengan teman lelakinya sebelum dia dikatakan dibelasah sekitar jam 11 malam.

“Beberapa orang awam yang berada di kawasan tersebut cuba menyelamatkan mangsa, namun dimarahi oleh suspek.

“Melihat kelakuannya sedemikian, orang awam terpaksa menggunakan kekerasan untuk menenangkan suspek selain turut menghubungi pihak polis untuk bantuan,” kata sumber.

Suspek kemudian dibawa ke balai polis berdekatan, manakala teman wanitanya turut membuat laporan berhubung kejadian.

Read more: http://www.theborneopost.com/2014/07/16/padah-belasah-teman-wanita/#ixzz37b6phmiD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.